Masih terbayang sewaktu menghadiri temuduga untuk menjadi memegang jawatan sebagai 'academic trainee' di UIAM suatu ketika dulu. Dulu ke? Hihi..sudah hampir setahun lebih memori itu berlalu. baru hari ini terasa benar dan bermakna apa yang saya ucapkan ketika di soal jawab oleh penemuduga.
" Kenapa awak mahu jadi pensyarah?''
Saya sudah bersedia dari awal dengan jawapan untuk soalan bocor itu.
'' Saya suka belajar. Bagi saya, mengajar adalah cara terbaik untuk saya belajar.''
Wah, pandai betul saya jawab kan? tapi tak pernah pun lagi realisasikan kata-kata tersebut.
Hari ini, kerana seseorang yang selalunya menjaga dan mengendali instrumens di lab ini sudah tamat kontrak. Saya pula yang perlu menunjuk ajar. Kalau dulu, saya tak pernah yakin untuk kendalikan seorang diri. Walhal sudah di ajar berkali-kali.
Kali ini, saya tiada pilihan, berbekal kan kata-kata yang saya ucapkan sewaktu hari temuduga tersebut, saya memulakan sesi pembelajaran menggunakan mesin2 di makmal dengan cara mengajar pelajar dan sahabat2 yang langsung tidak pernah menggunakan alat tersebut.
Boleh pula saya lakukan tanpa ada masaalah. Hurm..jadi benarlah, jika kita benar2 memaksa diri kita untuk tahu dan lakukan sesuatu, tiada apa pun yang mustahil untuk direalisasikan dengan jayanya. jadi bermula hari ini, saya yakin saya mampu lakukan apa sahaja tanpa keraguan dan sebenarnya lebih tepat, saya mencari terlalu banyak alasan.
N I Strongly believe: Orang rajin mencari jalan dan orang malas selalu mencari alasan. Lagi..kesukaran dan sedikit tekanan juga buat kita lebih berjaya.