superb shaklee products

superb shaklee products

Wednesday, November 9, 2016

ROAD TO MASTER COORDINATOR

Assalamualaikum

terlalu cepat masa berlalu, sedar tak sedar sudah 3 tahun Hana dalam perniagaan Shaklee. jatuh bangun tu semestinya ada. Namun Hana pilih untuk terus bertahan. 

Disebabkan bulan lepas Hana telah mencapai rank Master Coordinator, maka Hana mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah perjalanan Hana di dalam perniagaan ini.



Sejujurnya suatu masa dahulu, Hana sertai Shaklee untuk kesihatan sendiri dan juga pendapatan sampingan. Hana memang aim satu business yang tak perlukan modal atau simpan stok. Sebab masa tu Hana ada komitmen dengan study dan juga anak kecil, Tambahan pula Hana pjj dengan suami dan sedang sarat hamil.

Tetapi, prinsip hidup Hana, alang-alang buat, biarlah sampai habis. Sampai JADI. Bila Hana mula ke branch shaklee di Ipoh, Hana rasa terinspirasi melihat agen lain borong shaklee banyak-banyak. Hana suka tengok gambar-gambar masters shaklee di dinding branch. Semacam satu AURA meresap dalam diri Hana. 

Jadi Hana cabar diri untuk dapatkan bonus 3 angka pada bulan pertama meskipun Hana sertai sudah pertengahan bulan. Bagi Hana, tiada istilah lambat atau cepat. Yang penting adalah keinginan kita sendiri. Mahu capai atau tidak.

Dan alhamdulillah, Hana berjaya. Bonus bulan pertama hanyalah rm150. Itu sudah cukup buat Hana gembira dan bersyukur. Sebagai Hadiah, Hana beli pemanggang ajaib dengan duit tersebut. Jadi boleh lah Hana guna semasa berpantang anak kedua nanti. hehe. 

Kalau nak tahu, semasa mula-mula sertai shaklee, Hana just guna telefon 2d, which is macam telefon 3310 tu ja. Hana tiada smart phone. Even gaji Hana sendiri sebagai academic Trainee mampu je beli handphone macam tu. Tetapi Hana pilih menggunakan apa yang ada, Dekat fikiran tak kisah lah yang penting keluarga perlu diutamakan dahulu.

Jadi, Hana tak dapat sertai kelas whatssap. Master saya ada ajak tapi tiada smartphone so its okay. Saya manfaatkan apa yang ada sahaja dahulu.. Tetapi saya tak pernah sombong dengan upline. saya akan selalu cari upline melalui mesej di facebook :) 

akhirnya bila bonus dah capai rm450 bulan seterusnya, saya decide untuk beli tab samsung. Beli pun yang second hand punya. Saya tak kisah orang tahu tentang ni, saya memang tak kisah tak bergaya lebih dengan barang mahal. yang penting ada kegunaan penting. masa tu saya dah mula join group whatssap. Semangat lain macam, dan alhamdulillah, saya rank up bulan oktober 2013 sebagai supervisor dengan GUV 6000++.

Disitulah bermula perjuangan saya sebagai seorang leader dalam bisnes Shaklee. Saya tak lagi menoleh ke belakang. saya nampak betapa banyak peluang besar dalam bisnes ini. Dan saya mula mengorak langkah demi langkah dengan melahirkan lebih ramai leaders dalam bisnes shaklee. Setiap bulan mesti lahirkan supervisor baru dan guide mereka sehingga ke level seterusnya. Dan alhamdulillah dalam masa 3 bulan saya rank up ke coordinator. Masa ni income dah sangat stable. Alhamdulillah. Ikutkan dah berganda-ganda. Namun saya tak pernah berhenti, saya mahu lahirkan lebih ramai leaders atau penerima income 4 ke 5 angka setiap bulan.

Saya kira langkah saya agak deras dalam bidang ini, sebelum cycle tamat, saya berjaya naik ke rank senior coordinator. kalau nak tahu dalam shaklee ada 7 level.

Supervisor
Senior supervisor
Coordinator
Senior Coordinator
Key Coordinator
Senior Key Coordinator
Master Coordinator

Dan alhamdulillah dalam masa tak sampai 6 bulan saya di level ke 4. Saya juga layak dapat CAR BONUS pada cycle tersebut menjadikan setiap bulan tanpa gagal menerima elaun kereta. Alhamdulillah sampai sekarang setiap bulan ansuran kereta dibayar dengan bonus tersebut.

antara moment indah dengan keluarga setelah berjaya dapat more income dengan shaklee. Shaklee effect gaiss

Namun perjalanan saya ke level KEY agak sukar. Mungkin saya sibuk dengan urusan pengajian dan anak-anak dan kisah pjj serta ulang alik KL-IPOH. Namun sekalipun tak pernah saya mengeluh. Saya tahu saya perlu terus berjuang demi anak-anak bisnes saya yang telah mencecah 600 orang ketika itu.

Jadi saya teruskan melangkah walau perlahan, tetapi pasti. Sampailah pada tahun 2015, saya nekad untuk rank up ke level seterusnya. Tetapi saya juga perlu selesaikan objektif pertama bagi kajian phd saya. Saya serahkan kepada Allah sungguh-sungguh. Saya minta dengan Allah sepenuh hati. Setiap ruang dan peluang saya gunakan untuk berdoa. Disebabkan saya menguruskan anak-anak sendirian ketika di KL, hanya masa di dalam kereta on the way ke kampus sahajalah masa privasi saya. Ketika itulah saya akan berdoa dan memohon Allah tunjukkan saya jalan terbaik. saya ini lemah tanpa bantuan dan kasih sayang Allah swt. Jadi kenapa nak tunggu hanya di tikar sejadah, di mana sahaja pun berada, maka berdoalah kepada ALLAH swt. 

Alhamdulillah, selepas present progress, supervisor berpuas hati dan bulan itu juga saya rank up to KEY coordinator. Orang kata once you dah pegang KEY, mean perjalanan you nak ke MASTER sangat dekat. Namun, tak semudah itu sebenarnya. nak terus mendaki tangga kejayaan, perlu hadapi lebih banyak cabaran. Namun dalam pahit, Allah pasti datangkan sesuatu yang manis. Allah selalu mahu membantu kita tahu?Selalu lah bersangka baik dengan Allah swt.

Tahun kedua saya berjaya melayakkan diri ke ITALI secara percuma. Sebab tahun kedua saya complete satu cycle. tahun pertama cuma 6 bulan sahaja kerana sertai shaklee sudah akhir cycle. Dan alhamdulillah, saya sangat enjoy the trip. tak pernah bermimpi nak ke Itali secara percuma sahaja. hahah. Memang best moment ever lah masa tu.

Duomo Milan 


Milan italiano
Pisa tower gaiss

Tahun ketiga sekali lagi saya berjaya score trip keluar negara, iaitu ke Orlando, Amerika. Masa ni kebanyakan yang score trip adalah master coordinator. dan saya masih pada level KEY coordinator. Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu. walaupun bonus sudah besar dan group sudah stable, saya perlu rank up. Sebab saya nak inspirasikan anak-anak buah saya. Saya perlu buktikan bahawa tiada apa yang mustahil andai anda betul-betul NAK berjaya. 

Restoran Makanan Arab di US

dinner di salah sebauh restoran itali di Orlando

universal studio Orlando
Medieval times ni best sebab ada dinner sambil tengok tournament. Best gile and it cost about 60 dollars sorang. Duit kita dah rm300++ kot. 

Akhirnya setelah pulang dari USA, saya berusaha untuk rank up to senior Key Coordinator. Dan alhamdulillah September 2016 saya berjaya melangkah naik ke satu tangga lagi. 

Bulan Oktober saya nekad untuk terus melangkah ke Master Coordinator. Bagi saya, tiada lagi alasan untuk bertangguh kerana saya sudah ke arah itu. Sangat dekat, dan saya mencuba sedaya upaya untuk FOKUS kepada group AURA dibawah naungan saya.

Namun untuk mencapainya tak semudah berkata-kata. Pelbagai usaha gigih dan juga pengorbanan perlu dilakukan. Saya mula buat jadual follow up leaders dan downlines. Saya pantau progress mereka dan saya bantu mereka sehingga capai target mereka setiap hari.

Saya set di minda saya perlu bantu mereka berjaya. Saya perlu tingkatkan income mereka. dan dalam masa yang sama, saya bina BONDING yang lebih utuh dan kukuh dengan setiap downlines dan leaders saya. Saya tahu, kejayaan hanya akan dicapai bilamana ramai orang mendoakan kita dan paling penting, saya mahu berjaya dengan hati yang TENANG dan semua orang gembira dengan kejayaan master baru mereka. 

Jadi saya mohon maaf dengan semua orang. Kadang-kadang tanpa sedar kita telah melukakan hati orang lain. jadi saya mahu selesaikan part tersebut. Saya tahu Allah suka dan sayang orang yang selalu memohon maaf dan memaafkan. Jadi saya buat perkara tersebut.

Malah saya tingkatkan lagi usaha fizikal seperti buat sales dan lebihkan sharing. Saya niatkan saya mahu bantu customers saya untuk lebih sihat dengan Shaklee.

Mungkin ujian setiap orang tak sama. ada perjalanan orang lain mudah, dan perjalanan kita agak sukar dan agak lambat. Namun saya tak mahu mengalah. Saya yakin Allah tak kan sia-siakan doa hamba-hamba Nya. jadi saya nekad, raih kasih sayang Allah dan teruskan berbuat kebaikan walaupun saya di uji dengan pelbagai dugaan pada bulan tersebut.

Antara salah satu rahsia kejayaan adalah sedekah. Sedekah penghapus dosa dan menambahkan rezeki yang kita sendiri tak sangka. Saya banyak lepaskan apa yang saya sayang kerana Allah. Dan saya yakin setiap harta yang diinfakkan pasti Allah kembalikan dengan sesuatu yang lebih baik. dan saya bersyukur kerana hati saya sangat tenang dan boleh fokus untuk terus berjuang.

Akhirnya dengan segala usaha fizikal,  rohaniah dan selalu merujuk dengan upline dan mohon ibu doakan serta sokongan keluarga serta suami, Allah benar-benar makbulkan doa saya walaupun banyak dugaan sebenarnya. 

Kalau nak tahu, seminggu sebelum saya rank up, saya jumpa seorang master di branch. Kami  sekadar bersembang. Dia  cakap tak apa tak naik master asalkan you untung sahaja, kalau dah tiba masa nanti u mesti rank up sendiri.

Saya tahu mungkin niat dia baik tak mahu saya terlalu stress. Tetapi saya tak mahu menoleh lagi. Memandangkan leaders saya semuanya sudah hampir effective dan ada yang bakal rank up, saya mesti rank up bulan tersebut juga. Peluang tak mungkin selalu hadir. Dan momentum nya mungkin tak sama pada bulan seterusnya jika tak rank up bulan tersebut.

Akhirnya saya pilih untuk terus berjuang walau dalam seribu kepayahan. Saya tak berhenti teruskan sharing dan juga bantu leaders saya untuk effective dan rank up sehingga ke saat-saat terakhir. Alhamdulillah mencapai rank master coordinator pada October 2016 setelah genap 3 tahun perjuangan dan sampai dikemuncaknya.

Namun, sebenarnya perjuangan baru sahaja bermula!! Cuma, feeling lega tu sungguh terasa, sebab kita dah berjaya buktikan kepada downlines bahawa tiada apa yang mustahil andai kita benar-benar berusaha. 

Perniagaan shaklee ni tiada modal, dan sebenarnya modal utama adalah KESABARAN dan KESUNGGUHAN. Maka rebutlah peluang ini sebaiknya. Usah ragu dan bertangguh atau menunggu masa yang sesuai kerana MASA YANG SESUAI TAK KAN PERNAH DATANG KEPADA MEREKA YANG SUKA MENUNGGU-NUNGGU.

Just do it dan anda akan belajar banyak daripada kegagalan juga kejayaan. kerana itulah sebenarnya erti sebuah perjuangan kan?

Tanpa dugaan, tanpa pengorbanan, anda tak kan menghargai sebuah kejayaan. Maka bersyukurlah dengan setiap kurniaan dan kasih sayang Allah swt kepada kita.

Alhamdulillah

Jika anda berminat untuk sertai group Aura kami boleh contact Hana ya.

0165661241

Terima kasih

with love
Master Lavender Rhea Hana