superb shaklee products

superb shaklee products

Wednesday, August 16, 2017

7 TOP CENDERAMATA yang PERLU DIBELI JIKA KE ISTANBUL

[ROSE BUD TEA]

Ini antara teh yang Hana suka. Hana pernah beli di Istanbul. Di sana memang syurga pelbagai jenis teh.

Sejujurnya Hana terinspirasi untuk ke Turki sebab Hana suka tengok dokumentari tentang negara ini. Malah pernah suatu ketika Hana melihat bagaimana proses penyulingan pati bunga ros dijalankan di negara tersebut.

Keindahan dan keunikan negara tersebut juga seolah-olah menggamit Hana untuk menjejakkan kaki ke sana. Rasanya tak puas berada di sana. Kalau boleh nak ulang lagi dan lagi ke Turki ❤️

Tapi hari ni Hana just nak cerita tentang teh putik ros ini. Actually kalau dari segi rasa, macam tak ada rasa pun. Haha 😝 bau pun tak ada. Tapi Hana suka. Selalunya Hana akan bancuh cinch tea shaklee dan letak 3 putik ros semasa air masih hangat.

Biarkan seketika sehingga bunga kembang dan layu.then ready to serve :)

Apa yang Hana perasan, jika konsisten ambil teh ros ini, kulit kita lebih lembut dan jerawat memang boleh hilang.

Ianya juga seolah-olah suatu terapi, sebab tengok bunga comel seolah-olah menari di dalam bancuhan teh kita :)

Di Malaysia pun ada dijual. Mungkin dari negara cina. Ada juga reseller yang beli dari Turki dan pasarkan di Malaysia.

Sedikit pesanan, tak perlu beli banyak sekaligus kerana bunga ros kering ini akan cenderung untuk lebih cepat mereput jika terlalu lama di simpan. Beli sekadar untuk sebulan atau dua bulan dan boleh repeat beli yang lebih fresh.


Wednesday, August 9, 2017

MASCEL- BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Okay Hana sambung untuk part 2 ya :)

kali ni Hana akan share sharing Hana ketika majlis tersebut. Jemput baca kepada semua yang ingin ambil idea dan inspirasi. Bagaimana saya bermula dan kenapa saya tak pernah jemu dalam perjuangan ini.

Kisah Kejayaan
Oleh: Master Nor Azahana Abdullah

SETIAP DETIK MASA ITU EMAS bagi saya..

Mengenali business Shaklee melalui kawan-kawan dan mentor kesayangan saya sekarang iaitu Master Siti Farhana, membuatkan saya jatuh cinta berkali-kali dengan business ini. Jika saya jumpa sesiapa pun, saya sangat teruja untuk bercerita tentang apa yang saya lakukan sekarang. Sungguh, business ini telah meresap ke dalam jiwa saya.


Bermula dengan pengambilan set ringkas untuk kehamilan, saya terus mengorak langkah demi langkah di dalam perniagaan ini. Bagi saya, kekuatan utama adalah produk yang berkualiti. Sebelum saya menceburkan diri dengan Shaklee, saya pernah berniaga produk set bersalin secara kecil-kecilan. Ketika itu, ramai pelanggan bertanya samada saya juga menjual produk Shaklee. Dek selalu dihujani dengan soalan tersebut, saya mula berminat untuk mencuba sendiri produk ini. Dan Alhamdulillah, setelah saya kenal lebih dekat, saya memutuskan untuk fokus sepenuhnya kepada business ini.





Benarlah kata orang, hadirkan ikhlas dahulu dan wang akan datang kemudian. Saya melihat dan merasakan business Shaklee amat mudah dan fleksibel untuk dilakukan dimana sahaja dan tak perlu pening memikirkan kos kedai, kos gaji pekerja dan pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak Shaklee. Menjadikan saya sangat teruja untuk berkongsi peluang ini dengan lebih ramai orang. Terutama pada generasi muda yang sebenarnya sangat memerlukan business seperti ini.

Jika dahulu, sewaktu saya sedang belajar dan baru tamat belajar, saya sanggup bekerja part time di pasaraya, di pekan dan sebagainya. Berpanas hujan, bermandi peluh hanya untuk mendapat sedikit bekalan wang untuk meneruskan kehidupan. Kini, hanya menggunakan semua teknologi yang sememangnya ada di depan mata seperti Laptop, smartphone dan of course kita ada medium percuma untuk marketing dan pengiklanan iaitu Facebook, Intagram,page dan BLOG menjadikan seolah-olah peluang terbentang luas di hadapan mata.





Ramai anak muda masih terbelenggu dengan pemikiran untuk bekerja dengan orang dan mengharapkan ihsan kerajaan semata-mata. Saya mula membuka minda dan semakin berlapang dada sejak mengenali business ini. Saya mula yakin, peluang untuk mendapat income stabil dan besar ada dimana-mana. Tak perlu menunggu dan mengharapkan orang lain suap kita. Kita boleh lakukannya asalkan punyai keinginan dan sanggup berkorban untuk mematahkan alasan demi alasan yang sememangnya merugikan diri kita sendiri.





Kerana itulah, apabila ramai bertanya bagaimana saya masih struggle buat Shaklee sedangkan saya sudah ada karier yang menjamin masa depan dan sibuk dengan pengajian. Ini jawapan saya: business ini terlalu mudah. Saya Nampak peluang hebat dalam business ini. Saya bukan bercakap sahaja tanpa bukti. Saya dah nikmati hasil kesetiaan dalam business ini. Syukur Alhamdulillah dengan Shaklee saya mula mengenali dunia luar, travel ke luar Negara, bebas kewangan, boleh memberi lebih banyak kepada keluarga dan saya merasa tenang kerana saya yakin saya sedang dalam persiapan untuk kebebasan wang, dan juga masa tentunya.





Yes, ramai orang boleh buat business, tetapi sejauh mana business tersebut boleh buat kita lebih tenang dan tidak sibuk? Saya sangat yakin, semakin maju kita dalam business Shaklee ini, semakin banyak ruang kita bersama keluarga dan peluang untuk diri sendiri. Kerana itulah saya tidak mahu menoleh kepada business lain setelah mengenali Shaklee.






Tentang cabaran pula, ianya banyak fasa yang perlu dilalui. Pada awalnya saya mula aktif buat Shaklee selepas melahirkan anak kedua. Mempunyai anak sulung yang baru berusia setahun dan bayi yang masih kecil dan juga sibuk dengan persiapan untuk menyambung pelajaran ketika itu, tidak pernah melunturkan semangat saya. Pada waktu itu saya sangat yakin, rezeki Allah sangat luas. Menjaga anak-anak dengan tangan sendiri tentunya pengorbanan yang sangat besar dan menggunakan banyak tenaga. Jadi saya yakin doa dan usaha ketika itu sangat diredhai Allah swt. Jadi, saya gunakan ruang masa sebaiknya. Sewaktu tidurkan anak, saya ambil masa untuk penuhi amalan rohani seperti berzikir dan membaca surah pendek. Yes, saya akui saya tiada masa spesifik untuk berada di tikar sejadah untuk berdoa dan berzikir panjang, namun saya percaya, menjaga anak dengan penuh kasih sayang juga adalah ibadah. Kemudian, ketika anak tidur, saya akan siapkan order, packing barang dan sebagainya. Dan ketika menyusukan anak, saya akan buat kelas melalui whatssap dengan downlines. Jadi kepada ibu-ibu, usah berikan alasan tak sempat dan sebagainya. Kita hanya perlu betulkan niat dan manfaatkan setiap ruang masa.







Ketika itu jugalah, saya naik rank demi rank. Dan Alhamdulillah, group semakin besar. Saya tak pernah lokek untuk membantu downlines kerana niat saya supaya mereka mendapat pendapatan lebih dan saya berharap semoga mereka temui peluang hebat dalam business ini kerana suatu masa dahulu saya juga pernah susah dan tak pernah tahu apa itu Shaklee. Setiap hari saya akan mendapat ahli baru, walaupun saya tak pernah keluar berjumpa dengan ramai orang. Saya wujudkan perkongsian di facebook sebaiknya. Bonus pertama saya hanyalah rm150, tetapi ianya sangat hebat bagi saya. Saya teruja berkongsi keuntungan tersebut dengan audience di facebook. Bagi saya, jika tidak berusaha, jangankan rm150, sepuluh sen pun belum tentu ada orang nak bagi kepada kita. Jadi apa salahnya berkongsi keterujaan tersebut bersama orang lain. Dan Alhamdulillah, kerana faktor teruja dan sentiasa bersyukur, empayar AURA terus melebarkan sayap hari demi hari. Ketika itu juga saya sudah mempunyai rangkaian downlines yang sedang belajar di luar Negara seperti di jepun. Malah sehingga kini, saya sangat berusaha untuk membantu kawan-kawan yang lain untuk mendapat duit belanja untuk menampung pengajian. Syukur kami juga punyai rangkaian downlines di beberapa buah Negara lain juga seperti di Mesir, United Kingdom dan Australia.





Cabaran kedua tentunya masa. Saya juga seperti pelajar-pelajar lain, ada pelbagai tugasan. Memandangkan saya adalah pelajar jurusan Biological science, maka saya perlu melakukan kajian di makmal dan keluar ke pelbagai tempat untuk kerja lapangan. Ianya bukanlah mudah, namun saya tak pernah abaikan perniagaan ini walau sedikit pun. Saya akan siapkan kerja saya pada waktu pagi dan balik kerja saya akan ke branch dan selesaikan order. Pendek kata ianya memerlukan kesungguhan yang berterusan. Saya akan kurangkan aktiviti makan-makan di luar pada waktu rehat dan focus dengan kerja sebaiknya.  Dan pada waktu malam saya akan focus kepada anak-anak dan sentiasa buat kelas online. dan alhamdulillah kini saya sudah mampu hired personal assistant untuk tugas-tugas tersebut dan saya mula fokus kepada fasa terakhir pengajian saya dan kukuhkan leadership untuk kembangkan group yang sememangnya semakin berkembang pesat hari demi hari.






Saya juga sentiasa fikirkan hala tuju saya dalam business ini. Saya ada impian, dan setiap downlines yang mendaftar, saya letakkan satu tanggungjawab kepada diri saya, untuk bantu mereka sehingga berjaya. Kerana itulah saya sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan pelbagai medium ilmu dan info untuk mereka. Contohnya saya wujudkan secret group untuk Aura group. Di sana, saya masukkan info penting dan susun sebaiknya. Jika ada orang baru, saya hanya perlu tag nama mereka di post tersebut. Jadi saya sudah jimat masa, namun downlines tetap mendapat manfaatnya. 






Saya juga tidak suka bertangguh. Setiap masa adalah sangat berharga. Sambil tunggu turn poslaju, sambil tunggu order makanan dan sebagainya, saya akan cuba reply mesej customers dan downline. Jika terlalu sibuk saya akan gunakan voice mesej di whatssap untuk reply dan berikan kata semangat. Setiap saat itu emas. Dan saya sangat yakin, saya tak perlu tunggu masa yang sesuai untuk lakukan sesuatu. Just do it sahaja. Tak perlu fikir terlalu banyak untuk memulakan sesuatu sebab masa yang sesuai tak kan pernah sampai kepada mereka yang suka menunggu-nunggu!




Cabaran ketiga adalah penerimaan keluarga dan anak-anak. Ramai yang berikan alasan anak-anak penghalang kejayaan. Saya pula Nampak mereka sebagai push factor saya.Yes, saya nak Berjaya dan tak mahu wariskan kesusahan saya suatu masa dahulu kepada mereka. Cukuplah saya wariskan kecekalan untuk mereka untuk punyai semangat juang yang tinggi dalam kehidupan kelak.Saya selalu bercakap dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil. Saya mohon mereka doakan saya. Even ketika keduanya masih usia bayi, saya akan berbicara dengan mereka dan meluahkan impian saya. Malah sehingga kini, anak-anak tak pernah usik handphone saya. Mereka sudah faham bahawa saya menggunakan telefon untuk mencari rezeki. Namun tentunya ada masa, saya akan tinggalkan semua urusan perniagaan untuk bersama mereka. Malah kerana impian saya untuk menjaga mereka dengan tangan sendiri, buat saya lebih cekal dan degil untuk terus berjaya dalam business ini.




 Dan Alhamdulillah, kini sudah di rank master coordinator. Perjuangan saya tak pernah terhenti setakat itu sahaja, Saya sangat gembira melihat ramai anak muda khususnya bangkit dan memanfaatkan business ini. Saya juga ingin ramai wanita dan ibu melihat bahawa peluang untuk mendapat income dari rumah adalah sangat mudah. Dan sebagai wanita, andai kita memilih untuk menjadi seorang suri rumah, itu bukan bermakna kita sudah tiada peluang untuk berbakti kepada keluarga dengan sumbangan wang pendapatan kita sendiri. Peluang itu ada, dansangat banyak jika kita memang mahu realisasikannya.


Last but not least, kejayaan saya tentunya disokong oleh suami saya sendiri. Walaupun pada awalnya kelihatan suami tidak bersetuju dan saya selalu merasakan suami tidak support saya. Namun setelah sampai ke tahap ini, Saya mula merenung kembali, betapa banyak kejayaan saya sebenarnya atas bantuan suami. Pertama sekali, restu. Bagi saya, suami dah bagi kelonggaran untuk saya jalankan business online merupakan rahmat terbesar. Ketika anak masih kecil dan menyusu, suami berlapang dada untuk hantarkan saya ke branch dan poslaju. Malah ketika saya buat kelas online, suami akan menjaga anak supaya saya boleh focus. Paling saya syukuri, suami sangat banyak membantu kerja rumah. Kerja mengemas dan membasuh baju diambil alih oleh suami. Malah urusan kemasukan anak ke taska dan keperluan anak-anak juga diuruskan oleh beliau. Ketika saya penat, dapur tidak berkemas pinggan mangkuk tidak dicuci dan saya tertidur kepenatan dengan pelbagai tugasan, saya sangat lega pabila bagkit pada waktu pagi semuanya sudah bersih dan kemas. Walaupun suami agak sibuk dan selalu keluar malam jika ada kes, suami tak pernah abaikan tanggungjawab untuk membantu saya dari segi kerja rumah. Saya fikir, itulah antara faktor utama juga saya boleh focus kepada business dan pengajian. Alhamdulillah.



Apa pun, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang Allah berikan. Setiap orang ada cabaran dan suka duka tersendiri. Kita boleh memilih untuk terus menyalahkan keadaan, menumpulkan semua alasan ataupun terus bangkit, berfikiran positif dan anggap setiap cabaran dan dugaan adalah warna warni sebuah kehidupan. Yang penting terus jalan untuk mencapai impian.


#AuragroupbyHana







MASTER CELEBRATION - MASTER LAVENDER RHEA HANA

hi, Hana just nak share kenangan kami diraikan sebagai MASTER COORDINATOR atas pencapaian tertinggi dalam business Shaklee. Segala puji bagi Allah swt. Sesungguhnya ini adalah antara kenangan terindah dalam hidup Hana selain hari Hana melangsungkan majlis perkahwinan dan menjadi ibu :)

Jom check out the photos sepanjang majlis tersebut. Moga jadi inspirasi kepada semua yang nak menggapai impian berada di puncak kejayaan ini. Namun apa pun sebenarnya perjuangan kami baru sahaja bermula tau. Majlis kami diraikan di Marriot Hotel Putrajaya pada 23 Julai 2017. Sangat exclusive dan sangat mewah. kami dapat penginapan percuma dan of course sangat happy sebab family dan downlines turut sama hadir. Thanks semua yang sudi hadir memeriahkan majlis dan ambil inspirasi.