superb shaklee products

superb shaklee products

Wednesday, October 7, 2015

YESS!PERCUTIAN PERCUMA lagi dan lagi

Alhamdulillah kali ini Hana nak share tentang NATIONAL TRIP 100%  tajaan shaklee.

Trip ni Hana layak based on performance cycle lepas. Mean sepanjang March 2014- Feb 2015.

Apa yang best, trip ni sangat mesra keluarga dan kita akan rasa SANGAT DIHARGAI.

Day 1

Kami mendaftar dan disambut penuh mesra oleh pihak shaklee dan kakitangan hotel. ewwaah.ala-la resort gittew. kali ini percutian dan event diadakan di THE PALACE OF THE GOLDEN HORSES.

Hotel 5 stars tentunya Gempak dan sangat selesa. Replika kuda klasik dan gaya inggeris sangat memukau pandangan mata dan sanubari pastinya.

Dan seperti biasa, Hana akan ke majlis-majlis shaklee bawa anak-anak Hana bersama. 




Kemudian ada trip melawat Kuala Lumpur dan juga ke Aquaria KLCC. seronok betul anak-anak tengok ikan. Ala free trip kita join sajeee.

Malamnya ada dinner dekat  hotel juga.



Yang paling best kalau join trip shaklee ni, kita balik je dr event kan penat-penat. Tiba-tiba je akan ada staf bunyikan loceng dan hantar something. tadaaa..tiba-tiba dapat HADIAH SEKOTAK COLLAGEN POWDER..perghh,kalau beli sendiri rm200++ ni. ni FREE okay.



Dan hana juga ambil kesempatan naik cruise dari hotel ke The mines. Seronokkk anak-anak pun gembira.
Day 2
kami amik reward hari ni. Seronok amik reward ni bukan sebab nak trofi tu, tapi sebab nak INSPIRASIKAN DOWNLINES kita yang lain. Kalau kita boleh buat for sure depa pun boleh buat lah kan :)




Masa ni juga kita akan rasa kagum dengan leaders yang lebih berjaya. Juga masa untuk mingle dengan orang-orang yang positif :)

Petang tu penat-penat dah tiba-tiba the door bell ringing again. hihi. Suprise again. dapat shawl BURBERRY ORIGINAL from MR. ROGER BARNET yang merupakan pemilik syarikat burberry. fuh..FREE AGAIN!best sangat sebab kain dia lembut je.



Dan malam pula ada MAJESTICdinner. Ni dinner khas yang sangat fun. Cam biasa dok semeja dengan downlines dan seronok enjoy everything hasil penat lelah kami berjuang selama ini.





Day 3
since amik reward kali kedua agak lewat so kami sempat breakfast dulu. Semua pun tajaan shaklee free je
dan bawak anak ke kolam. Kolam dekat hotel ni agak luas dan konsep ala resort, so agak selesa jugak la. So kalau korang pun nak berenang pon boleyy.hahah.just enjoy the moment kan.






Untuk lunch shaklee siap bagi duit poket sebab waktu lunch tu kami ada ambil event dekat micc the mines. 
masa ni hana ambil award untuk konsistensi utk level coordinator and above. rasa bangga dan bersyukur sebab nak kekalkan pada level ni bukanlah mudah.



berakhirlah majlis gilang gemilang tu.
next year majlis dekat sunway pyramid plak. Dan inshaAllah Nov ni hana akan ke Italy plak join trip FREE AGAIN sebab layak jugak ke luar negara percuma.




Okay nanti hana share pengalaman ke Italy pula ya. :) nak merasai peluang cmni gak> tanpa keluarkan duit kita satu sen pun?

come ad join us lah

modalnya hanyalah KERAJINAN DAN KEGIGIHAN

016.566.1241

Tuesday, October 6, 2015

PERLU KE SAMBUNG BELAJAR SAMPAI PHD?

Assalamualaikum

Setelah berada di semester ke 5, barulah rasa nak kongsikan pengalaman sepanjang buat PHD ni.

Actually even da sampai tahap ni, still rasa cam boleh ke habis ni? Perasaan buat phd ni totally different berbanding masa buat master even masa tu pun da buat fully research.

Tambahan Hana dapat supervisor yang agak strict. Tapi rasa bersyukur sebab Prof strict la Hana kejar timeline neyh.

Bay the way perjalanan Phd ni bermula semasa sejak kita apply tempat study lagi. Sebab masa tu kita kena survey supervisor yang berkenaan dengan bidang yang kita nak sambung. kemudian kita akan melalui fasa untuk menduduki  beberapa test seperti IELTS.

Kalau scholar macam Hana memang banyak la cabarannya, nak semua selari dengan kehendak Universiti yang menaja kita belajar.

Memandangkan Hana belajar di KL dan suami bekerja di Ipoh, so kami PJJ. Hana bawa anak-anak ke KL. 

Fuh..banyak cabarannya especially sebab kena manage 2 anak at the same time.

Buat PHD ni memang lonely journey sebenarnya. But kawan-kawan ada, cuma kita kena selalu bercakap dengan mereka. Sebab kalau kita down sorang-sorang pun tak guna. Kena berkawan dengan orang-orang yang positif dan sentiasa bagi semangat supaya kita tak putus asa.

kadang-kadang sesuatu yang kita rasa susah tu senang je kalau kita discuss dengan supervisor dan juga kawan-kawan.

Tapi memang kena sabar. Kena minta dengan Allah banyak-banyak dipermudahkan urusan. 

Dalam kes Hana juga, suami isteri kena saling faham memahami. Pada awalnya suami Hana pun kurang faham apa lah yang hana perjuangkan dengan buat PHD ni. Kalau ikutkan hati memang da berhenti study dan jaga anak kat rumah je. hahah

But Alhamdulillah sebab niat kita ikhlas dan kita RIGID dengan keputusan kita, masih bersedia untuk berjuang demi ilmu ni.

Dan of course sebab da bonding kenalah habiskan pengajian. Allah dah tahu dah level kesabaran Hana cmne. kalau bukan under tajaan mungkin lagi cepat hana mengalah dengan keadaan.

Kalau tanya Hana, ada phd memanglah gaji nanti tak semahal buat bisnes, tapi inshaAllah kalau bukan ganjaran kt dunia, kat akhirat nanti ada. 

InshaAllah Hana nak siapkan apa yang telah Hana mulakan ni. inshaAllah berbaki 2 semester ni, Hana akan lakukan yang terbaik.

Doakan ya kawan-kawan:

Semoga Nor Azahana grad pada Ogos 2016. ameen.

Hana kongsikan beberapa gambar yang Hana snap sepanjang buat field sampling. Untuk sampai ke semester 5 ni pun dah ramai sangat yang bantu Hana terutama suami dan keluarga. Anak-anak juga dah merata Hana bawak untuk cari species Pandanus serata semenanjung ni. InshaAllah pengorbanan ini semua akan berbaloi.

Dan Hana juga rasa bersyukur sebab buat bisnes shaklee Hana boleh topup kekurangan duit scholar utk menjalani kehidupan as scholar yang banyak pakai duit sebab sekarang kalau buat research semua duit sendiri je tak de grant. Even ada gaji+biasiswa sangat mencabar gak kalau banyak travel. hehe. syukur alhamdulillah.

Trip ke Fraser Hill kutip mengkuang masa ni gi dengan group. So senang sikit



Tapi still angkut anak ke Fraser Hill pun


Ni masa cari pandan laut dekat banting. abanglong yang temankan


Ni masa dekat Ulu geruh. kawasan orang asli.


Ni dekat Terengganu suami temankan masuk semak tu carik pokok

Ni masa site survey. sebelum nak tahu kawasan ada pokok tu kena g tanya dulu penjual kt pasar yang jual hasil barang dari mengkuang suapay kita tahu kt mana bahan asli tu mereka dapat. ma peneman setia masa ni. Bawak anak tak sampai setahun lagi umurnya masa ni.

Ni masa dekat Terengganu-marang. G rumah bekas pegawai pencen di jabatan kraf tangan malaysia yang banyak memperjuangkan hasil seni anyaman.

Ni di Tumpat. Survey kawasan penanaman mengkuang. Seperti biasa ma dan adik peneman setia.

Ni pula dekat mersing. Pantai Air papan. Masa ni adik ipar dan adik yang kat Johor temankan.

InshaAllah pengorbanan semua yang membantu dibalas dengan syurga Allah swt.Ameen.