superb shaklee products

superb shaklee products

Wednesday, November 9, 2016

ROAD TO MASTER COORDINATOR

Assalamualaikum

terlalu cepat masa berlalu, sedar tak sedar sudah 3 tahun Hana dalam perniagaan Shaklee. jatuh bangun tu semestinya ada. Namun Hana pilih untuk terus bertahan. 

Disebabkan bulan lepas Hana telah mencapai rank Master Coordinator, maka Hana mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah perjalanan Hana di dalam perniagaan ini.



Sejujurnya suatu masa dahulu, Hana sertai Shaklee untuk kesihatan sendiri dan juga pendapatan sampingan. Hana memang aim satu business yang tak perlukan modal atau simpan stok. Sebab masa tu Hana ada komitmen dengan study dan juga anak kecil, Tambahan pula Hana pjj dengan suami dan sedang sarat hamil.

Tetapi, prinsip hidup Hana, alang-alang buat, biarlah sampai habis. Sampai JADI. Bila Hana mula ke branch shaklee di Ipoh, Hana rasa terinspirasi melihat agen lain borong shaklee banyak-banyak. Hana suka tengok gambar-gambar masters shaklee di dinding branch. Semacam satu AURA meresap dalam diri Hana. 

Jadi Hana cabar diri untuk dapatkan bonus 3 angka pada bulan pertama meskipun Hana sertai sudah pertengahan bulan. Bagi Hana, tiada istilah lambat atau cepat. Yang penting adalah keinginan kita sendiri. Mahu capai atau tidak.

Dan alhamdulillah, Hana berjaya. Bonus bulan pertama hanyalah rm150. Itu sudah cukup buat Hana gembira dan bersyukur. Sebagai Hadiah, Hana beli pemanggang ajaib dengan duit tersebut. Jadi boleh lah Hana guna semasa berpantang anak kedua nanti. hehe. 

Kalau nak tahu, semasa mula-mula sertai shaklee, Hana just guna telefon 2d, which is macam telefon 3310 tu ja. Hana tiada smart phone. Even gaji Hana sendiri sebagai academic Trainee mampu je beli handphone macam tu. Tetapi Hana pilih menggunakan apa yang ada, Dekat fikiran tak kisah lah yang penting keluarga perlu diutamakan dahulu.

Jadi, Hana tak dapat sertai kelas whatssap. Master saya ada ajak tapi tiada smartphone so its okay. Saya manfaatkan apa yang ada sahaja dahulu.. Tetapi saya tak pernah sombong dengan upline. saya akan selalu cari upline melalui mesej di facebook :) 

akhirnya bila bonus dah capai rm450 bulan seterusnya, saya decide untuk beli tab samsung. Beli pun yang second hand punya. Saya tak kisah orang tahu tentang ni, saya memang tak kisah tak bergaya lebih dengan barang mahal. yang penting ada kegunaan penting. masa tu saya dah mula join group whatssap. Semangat lain macam, dan alhamdulillah, saya rank up bulan oktober 2013 sebagai supervisor dengan GUV 6000++.

Disitulah bermula perjuangan saya sebagai seorang leader dalam bisnes Shaklee. Saya tak lagi menoleh ke belakang. saya nampak betapa banyak peluang besar dalam bisnes ini. Dan saya mula mengorak langkah demi langkah dengan melahirkan lebih ramai leaders dalam bisnes shaklee. Setiap bulan mesti lahirkan supervisor baru dan guide mereka sehingga ke level seterusnya. Dan alhamdulillah dalam masa 3 bulan saya rank up ke coordinator. Masa ni income dah sangat stable. Alhamdulillah. Ikutkan dah berganda-ganda. Namun saya tak pernah berhenti, saya mahu lahirkan lebih ramai leaders atau penerima income 4 ke 5 angka setiap bulan.

Saya kira langkah saya agak deras dalam bidang ini, sebelum cycle tamat, saya berjaya naik ke rank senior coordinator. kalau nak tahu dalam shaklee ada 7 level.

Supervisor
Senior supervisor
Coordinator
Senior Coordinator
Key Coordinator
Senior Key Coordinator
Master Coordinator

Dan alhamdulillah dalam masa tak sampai 6 bulan saya di level ke 4. Saya juga layak dapat CAR BONUS pada cycle tersebut menjadikan setiap bulan tanpa gagal menerima elaun kereta. Alhamdulillah sampai sekarang setiap bulan ansuran kereta dibayar dengan bonus tersebut.

antara moment indah dengan keluarga setelah berjaya dapat more income dengan shaklee. Shaklee effect gaiss

Namun perjalanan saya ke level KEY agak sukar. Mungkin saya sibuk dengan urusan pengajian dan anak-anak dan kisah pjj serta ulang alik KL-IPOH. Namun sekalipun tak pernah saya mengeluh. Saya tahu saya perlu terus berjuang demi anak-anak bisnes saya yang telah mencecah 600 orang ketika itu.

Jadi saya teruskan melangkah walau perlahan, tetapi pasti. Sampailah pada tahun 2015, saya nekad untuk rank up ke level seterusnya. Tetapi saya juga perlu selesaikan objektif pertama bagi kajian phd saya. Saya serahkan kepada Allah sungguh-sungguh. Saya minta dengan Allah sepenuh hati. Setiap ruang dan peluang saya gunakan untuk berdoa. Disebabkan saya menguruskan anak-anak sendirian ketika di KL, hanya masa di dalam kereta on the way ke kampus sahajalah masa privasi saya. Ketika itulah saya akan berdoa dan memohon Allah tunjukkan saya jalan terbaik. saya ini lemah tanpa bantuan dan kasih sayang Allah swt. Jadi kenapa nak tunggu hanya di tikar sejadah, di mana sahaja pun berada, maka berdoalah kepada ALLAH swt. 

Alhamdulillah, selepas present progress, supervisor berpuas hati dan bulan itu juga saya rank up to KEY coordinator. Orang kata once you dah pegang KEY, mean perjalanan you nak ke MASTER sangat dekat. Namun, tak semudah itu sebenarnya. nak terus mendaki tangga kejayaan, perlu hadapi lebih banyak cabaran. Namun dalam pahit, Allah pasti datangkan sesuatu yang manis. Allah selalu mahu membantu kita tahu?Selalu lah bersangka baik dengan Allah swt.

Tahun kedua saya berjaya melayakkan diri ke ITALI secara percuma. Sebab tahun kedua saya complete satu cycle. tahun pertama cuma 6 bulan sahaja kerana sertai shaklee sudah akhir cycle. Dan alhamdulillah, saya sangat enjoy the trip. tak pernah bermimpi nak ke Itali secara percuma sahaja. hahah. Memang best moment ever lah masa tu.

Duomo Milan 


Milan italiano
Pisa tower gaiss

Tahun ketiga sekali lagi saya berjaya score trip keluar negara, iaitu ke Orlando, Amerika. Masa ni kebanyakan yang score trip adalah master coordinator. dan saya masih pada level KEY coordinator. Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu. walaupun bonus sudah besar dan group sudah stable, saya perlu rank up. Sebab saya nak inspirasikan anak-anak buah saya. Saya perlu buktikan bahawa tiada apa yang mustahil andai anda betul-betul NAK berjaya. 

Restoran Makanan Arab di US

dinner di salah sebauh restoran itali di Orlando

universal studio Orlando
Medieval times ni best sebab ada dinner sambil tengok tournament. Best gile and it cost about 60 dollars sorang. Duit kita dah rm300++ kot. 

Akhirnya setelah pulang dari USA, saya berusaha untuk rank up to senior Key Coordinator. Dan alhamdulillah September 2016 saya berjaya melangkah naik ke satu tangga lagi. 

Bulan Oktober saya nekad untuk terus melangkah ke Master Coordinator. Bagi saya, tiada lagi alasan untuk bertangguh kerana saya sudah ke arah itu. Sangat dekat, dan saya mencuba sedaya upaya untuk FOKUS kepada group AURA dibawah naungan saya.

Namun untuk mencapainya tak semudah berkata-kata. Pelbagai usaha gigih dan juga pengorbanan perlu dilakukan. Saya mula buat jadual follow up leaders dan downlines. Saya pantau progress mereka dan saya bantu mereka sehingga capai target mereka setiap hari.

Saya set di minda saya perlu bantu mereka berjaya. Saya perlu tingkatkan income mereka. dan dalam masa yang sama, saya bina BONDING yang lebih utuh dan kukuh dengan setiap downlines dan leaders saya. Saya tahu, kejayaan hanya akan dicapai bilamana ramai orang mendoakan kita dan paling penting, saya mahu berjaya dengan hati yang TENANG dan semua orang gembira dengan kejayaan master baru mereka. 

Jadi saya mohon maaf dengan semua orang. Kadang-kadang tanpa sedar kita telah melukakan hati orang lain. jadi saya mahu selesaikan part tersebut. Saya tahu Allah suka dan sayang orang yang selalu memohon maaf dan memaafkan. Jadi saya buat perkara tersebut.

Malah saya tingkatkan lagi usaha fizikal seperti buat sales dan lebihkan sharing. Saya niatkan saya mahu bantu customers saya untuk lebih sihat dengan Shaklee.

Mungkin ujian setiap orang tak sama. ada perjalanan orang lain mudah, dan perjalanan kita agak sukar dan agak lambat. Namun saya tak mahu mengalah. Saya yakin Allah tak kan sia-siakan doa hamba-hamba Nya. jadi saya nekad, raih kasih sayang Allah dan teruskan berbuat kebaikan walaupun saya di uji dengan pelbagai dugaan pada bulan tersebut.

Antara salah satu rahsia kejayaan adalah sedekah. Sedekah penghapus dosa dan menambahkan rezeki yang kita sendiri tak sangka. Saya banyak lepaskan apa yang saya sayang kerana Allah. Dan saya yakin setiap harta yang diinfakkan pasti Allah kembalikan dengan sesuatu yang lebih baik. dan saya bersyukur kerana hati saya sangat tenang dan boleh fokus untuk terus berjuang.

Akhirnya dengan segala usaha fizikal,  rohaniah dan selalu merujuk dengan upline dan mohon ibu doakan serta sokongan keluarga serta suami, Allah benar-benar makbulkan doa saya walaupun banyak dugaan sebenarnya. 

Kalau nak tahu, seminggu sebelum saya rank up, saya jumpa seorang master di branch. Kami  sekadar bersembang. Dia  cakap tak apa tak naik master asalkan you untung sahaja, kalau dah tiba masa nanti u mesti rank up sendiri.

Saya tahu mungkin niat dia baik tak mahu saya terlalu stress. Tetapi saya tak mahu menoleh lagi. Memandangkan leaders saya semuanya sudah hampir effective dan ada yang bakal rank up, saya mesti rank up bulan tersebut juga. Peluang tak mungkin selalu hadir. Dan momentum nya mungkin tak sama pada bulan seterusnya jika tak rank up bulan tersebut.

Akhirnya saya pilih untuk terus berjuang walau dalam seribu kepayahan. Saya tak berhenti teruskan sharing dan juga bantu leaders saya untuk effective dan rank up sehingga ke saat-saat terakhir. Alhamdulillah mencapai rank master coordinator pada October 2016 setelah genap 3 tahun perjuangan dan sampai dikemuncaknya.

Namun, sebenarnya perjuangan baru sahaja bermula!! Cuma, feeling lega tu sungguh terasa, sebab kita dah berjaya buktikan kepada downlines bahawa tiada apa yang mustahil andai kita benar-benar berusaha. 

Perniagaan shaklee ni tiada modal, dan sebenarnya modal utama adalah KESABARAN dan KESUNGGUHAN. Maka rebutlah peluang ini sebaiknya. Usah ragu dan bertangguh atau menunggu masa yang sesuai kerana MASA YANG SESUAI TAK KAN PERNAH DATANG KEPADA MEREKA YANG SUKA MENUNGGU-NUNGGU.

Just do it dan anda akan belajar banyak daripada kegagalan juga kejayaan. kerana itulah sebenarnya erti sebuah perjuangan kan?

Tanpa dugaan, tanpa pengorbanan, anda tak kan menghargai sebuah kejayaan. Maka bersyukurlah dengan setiap kurniaan dan kasih sayang Allah swt kepada kita.

Alhamdulillah

Jika anda berminat untuk sertai group Aura kami boleh contact Hana ya.

0165661241

Terima kasih

with love
Master Lavender Rhea Hana

Thursday, September 8, 2016

Trip to Edinburgh, Scotland

Assalamualaikum

Hai semua, malam ni Hana sangat excited untuk berkongsi tentang my last trip ke Edinburgh. Ianya boleh dikatakan adhoc travel plan, tetapi niat hati nak ke sana tu memang dah LONGGGGG AGO. hahah.

Okay jom Hana cerita step by step. Actually, Hana memang suka dengan negara Scotland. Since Hana kecil, Hana dan kakak akan kumpul setem daripada negara tersebut. Tetapi, bila dah dewasa, Hana macam tak target pun nak ke sana, sebabnya selalu kat fikiran nak ke Istanbul je. terpengaruh dengan cerita Istanbul aku datang lateewww.

Tiba-tiba Hana dapat email tentang ada International Conference dekat Royal Botanic Garden di Edinburgh. Wow,,nice. Masa tu excited sangat. Rasa macam like, AKU MESTI PERGI SANA. MESTI DAN MESTI!

Tapi bila tanya KPT (penaja study) bermula tahun 2016, KPT dah tak de tajaan untuk conference di luar negara. herm...So Hana fikir its okay, boleh gunakan duit sendiri. Hana ada saving sedikit untuk that part sebenarnya. hasil saving scholarship+ duit bonus shaklee. Alhamdulillah.

Tapi...Hana kena cari kawan pula..tak kan nak pergi sorang je kan? Nak juga bawa family, namun kos agak besar, sebab kena bawa anak-anak sekali. Anak dua dah okay..sobss..budget untuk travel tu dah berkurangan sebab baru pergi Istanbul dengan keluarga.

Thus, Hana tanya kawan-kawan dekat group post doctorate, satu Malaysia pun tiada siapa nak ke sana. Aduh..sedihnya tau. Tapi Hana apply je untuk ke conference tersebut. Hana hantar abstract dan luckily the abstract was accepted. Therefore, Hana mula berfikir bagaimana hendak ke sana pula? Siapa nak teman? hurm..

lebih tepat masalah utama adalah...BUDGET! sebab nilai duit ringgit sangat rendah. Jadi, tukaran ringgit yang rendah kepada pound buat nilai ringgit sangat murah kalau nak ke sana. Hana cuba merisik khabar daripada kawan yang biasa ke international conference di luar negara. Ada kawan memberi cadangan bernas, supaya Hana mencuba apply travel grant daripada pihak penganjur program. Woah! I pun selama ni tak tahu boleh buat camtu.

so..jeng jeng jeng..bermula lah episod Hana email dan pm di FB Flora Malesiana untuk apply dan sebagainya...yang ni tak boleh cerita banyak. Boleh email kalau berminat nak tahu lebih lanjut.

 Alhamdulillah..setelah beberapa kali deal dengan pihak penganjur, Hana dapat pengecualian untuk registration fee. So dah jimat rm1k++. Alhamdulillah again and again. Kemudian masa tu kena fikir pasal tiket flight pula. Sebab based on previous experience semasa pergi ke Itali dan Istanbul, kalau travel sorang agak susah nak tinggal bagasi jika mahu ke toilet dan risau lah jadi apa-apa masa travel tu kan. So Hana nekad, Hana perlu cari teman untuk ke sana at least seorang.

Akhirnya...Allah temukan Hana dengan seorang Pegawai daripada FRIM yang juga last minutes dapat budget ke sana.. haha. Kak Rafidah namanya. Sangat baik dan sporting. best betul travel dengan dia tau. Dan akhirnya Hana beli lah tiket flight last minutes. 2 minggu sebelum berlepas. Sebelum tu bukan tak nak beli tau, tapi kalau tiada kawan pergi sama, memang Hana tak berani nak pergi sorang diri. Tak biasa babe sorang-sorang kat UK.

Tapi sebenarnya tiket ke Edinburgh pergi balik you boleh dapat harga srendah RM2k je tau kalau booked awal. Hari tu Hana ada semak, 4 bulan sebelum berlepas, Emirates  ada buat offer, harga dalam rm 3500 sahaja pergi balik daripada Malaysia turun ke Glasgow. Turkish airlines pun boleh dapat rm2500 sahaja untuk return. Some flight memang tak terus turun di Edinburgh. Tapi kalau you nak turun kat Glasgow pun boleh, kalau dari situ ke Edinburgh, tambang bas dalam 11 pound sahaja. So times 6 la lebih kurang duit kita. Kalau nak turun terus di Edinburgh boleh ambil Turkish Airlines dan juga Qatar Airways. :) pasal review flight ni nanti Hana sambung dalam entry lain pula ya.

Akhirnya..hari raya ke 4, dikala semua orang masih bergembira berhari raya, ku melangkah sayu ececey,,,sambung raya di Edinburgh :). Siap tapau ketupat palas bagai untuk students dekat sana.

Owh ya, berkaitan dengan penginapan. Sebenarnya, harga tiket flight sudah jadi sangat mahal sebab beli last minutes. Tapi Hana redha. Hana yakin itulah keputusan Hana sendiri nak ke sana demi menghadiri conference dan sebenarnya...Hana nak merasa bagaimana kehidupan sebagai pelajar di luar negara. dah lama simpan impian ni tawww. hahahaks. Akhirnya Hana booked juga tiket Turkish Airlines untuk ke Edinburgh. Transit dekat Istanbul  for 3 hours. hihi. datang lagi Istanbul.

Okay untuk penginapan pula, mula-mula survey rumah di bnb, tapi Hana tak confident nak stay kat rumah macam tu, plus, Hana tak tahu bagaimana keadaan di sana. Kawan Hana yang pergi sekali tu pula memang dapat penginapan tajaan khas sebab dia pegawai. I student je. sobss. Nak tumpang rumah dia duduk pun tak boleh sebab yelah, dia pun kenalah amanah kan orang dah bagi dia nak share pulop. munggg niii. hahaha.

Sebab flight malam jam 10 malam, naik je flight terus ada dinner. huu...tekak nak rendang bagai. raya kan. dapat ni pon boleyh lah.hahah


Ini pula breakfast. Boleh la tahan. Layan je. selain tidur, hobi di dalam flight adalah makan. hehe


Kami sampai pagi dalam jam 3pagi dekat Istanbul it takes about 6 hours to 7 hours from Malaysia to touch down here. ceyhhh speaking.hahah

My second time in Istanbul


Our lunch kononnya. Ni naik flight kecil sedikit ke edinburgh pula. dalam 4 jam camtu daripada Istanbul.

Dipendekkan cerita, adalah kawan Hana tolong carikan rumah student dekat sana. Memandangkan masa Hana pergi tu, musim panas, jadi, cuti 3 bulan dimanfaatkan oleh pelajar degree untuk pulang bercuti di malaysia. Tambahan pula sebab raya, ramailah memang nak balik kampung Halaman. Jadi, ada seorang student master ni sudi nak tumpangkan Hana dekat rumah dia. Dan siap ada juga kawan kepada kawan sudi fetch Hana dekat airport bawa Hana ke rumah student master tersebut. Alhamdulillah. Semuanya rezeki. Kalau tak memang blur lah sampai sana, Nangesss.

Kalau nak naik teksi daripada airport ke city centre, kos nya dalam 25 pound. Airport Edinburgh kecil sahaja. Tetapi masa di custome check you still kena declare barang apa yang dibawa dan tujuan ke sana. Macam sebarang daging memang tak boleh bawak masuk. Kalau you bawa sambal ikan bilis just declare sambal paste with anchovies. Kekacang atau biji benih pun tak boleh. Let say you ada bawa macam kacang gajus or almond bakar dah tu usah risau, just declare as snacks sahaja. Tapi I nasihatkan segala macam kekacang tak bawa pun tak apa. sebab dekat sana makanan macam tu sangat banyak dan sangat murah. seriously. hahaha. Masa custom check, pegawai imigresen akan tanya beberapa soalan, tetapi mereka sangat peramah. So dont worry ya.:)


View Istanbul waktu siang

ada lalu kawasan gunung ganang cantik. I tak noticed pula which area. yela..tido je kerjanya.hahah



yeayhhh dah sampai Scotlanggggg. kih kih


Summer, macam dekat Malaysia je tapi SEJUKKKK macam Autumn winter dekat Itali. Tapi kawan cakap dalam sehari boleh berubah banyak kali cuacanya.hehe.

Okay, nanti Hana sambung lagi entry ni esok. Jangan lupa selalu jenguk blog Hana ya.

Terima kasih semua.


Tuesday, January 12, 2016

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?

Assalamualaikum


Kali ini terpanggil untuk berkongsi tentang keguguran rambut. Sebab ramai sangat kawan-kawan hana sendiri merungut tentang masalah ini.

Stress oiii..dah la perut menggeleber..rambut pulak gugur. Bab nak body cun I suggest u olls pakai korset yang hana jual tu dan ambil set berpantang shaklee.

Dan kalau nak tahu ada beberapa supplements yang dalam set pantang sendiri memang khusus MEMBANTU MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT ni.

Sebab itulah kami selalu sangat suggest ibu-ibu semua amalkan set berpantang shaklee.

Jadi sebelum tu hana kongsikan sedikit info tentang MAKANAN PENGUAT RAMBUT.

8 MAKANAN TERBAIK untuk KESIHATAN RAMBUT

1.SALMON
Asid lemak Omega 3, Protein, Vitamin B12, ZAT BESI.

2.SAYURAN HIJAU TUA (bayam, Brokoli)
Kaya dengan Vit A, vit C, Zat Besi dan Kalsium

3.AYAM
PROTEIN, ZAT BESI

4.TELUR
protein, biotin, Vit B12

5.KEKACANG
Kaya dengab ZINK

6.KACANG
kaya dengan PROTEIN, ZAT BESI, biotin

7.BIJIAN PENUH
ZINK, ZAT BESI, VIT B

8.TIRAM

Sumber: Majalah Rapi Edisi Januari 2016

Nampak tak dalam pemakanan seharian pun sangat digalakkan ambil makanan seperti di atas untuk KESIHATAN RAMBUT.

sebab tu kalau tengok nutrisi yang terkandung di dalam makanan tersebut ada dalam supplements yang kita suggest seperti:

💖ENERGIZING SOY PROTEIN-PROTEIN, KALSIUM

💖VITALEA-ZAT BESI

💖ZINC COMPLEX-ZINK

💖VITAMIN B COMPLEX- vitamin B dan vit B12

💖OMEGA GUARD- omega 3

Jadi kalau rasa masalah membelenggu boleh consume 4 vitamin penting ini ya.

Pesan sekarang dengan Hana pun boleh. Xclusive consultations pastinya untuk anda.

Sms.call.whatssap
016 566 1241