1. MUSTAJAB PHYTO NATAL – Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Bersalin Normal mula pada Hari ke 4 & Bersalin Caesar mula pada Hari ke 7
Kelawasan Buang Air Besar biasa (Normal)
makan 2 - 4 biji tablet
Terlalu lawas Buang Air Besar (Sensitif)
makan 1- 2 biji tablet
Tidak lawas Buang Air Besar (Sembelit)
makan 4 - 10 biji tablet
Phyto Natal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin
lendiran dan mengatasi ‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah kotoran
dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan
mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa
dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak
berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan
sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan
pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu
mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan
wajah.
Nota: Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi
(selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada
sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda.
2. AKAR HERBANIKA – Untuk Minuman Antioksidan
Di Hospital atau Wad Bersalin
Minum 2 – 4 gelas/mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih sehingga
ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1
sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar,
penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam
atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.
Di Rumah
Buat Pilihan - Rendam atau Rebus
Disyorkan - rebus 2 – 3 paket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau
secerek sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask
atau thermos dan setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar
Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah,
anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.
Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf,
memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam
badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil,
meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi
keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan.
BOLEH DITAMBAH SERAI (ketuk), 2 INCI HALIA TUA (ketuk), 1 SUDU BESAR
HALBA dan DAUN PANDAN 1 – 2 helai diikat.
3. Minyak Herbanika
Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk Bersalin Normal dan Pembedahan atau Caesarian di Wad;
Selepas Keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad
Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda.
Ikat rambut dengan rapi.
Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan
tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang
melahirkan secara ‘caesar’.
Sapurata MINYAK HERBANIKA ke
bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian ‘pembedahan’), tundun sulit,
peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan
tapak kaki.
Pakaikan Stokin.
Ini membantu melembutkan
urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang
pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran
darah.
Untuk Bersalin Normal
Kemudian, tuangkan
MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan
sulit ke bahagian ‘episiotomi’ / luka jahitan) dan tuangkan ke atas
pad/tuala sanitari.
Pakai dengan selesa.
Untuk Bersalin Caesar/pembedahan
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari.
Pakai dengan selesa.
Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan
pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara
luaran.
Bengkung Ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di Wad;
Bagi Kelahiran Normal
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang,
disyorkan penggunaan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah
didapati di Farmasi) dengan ringan dan rapi.
Bagi Bersalin Caesar/pembedahan
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang
(kecuali bahagian surgeri), pastikan kegunaan ‘Strap-On Binder’ yang
ringan dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan di
bahagian ‘surgeri’).
Anda boleh teruskan amalan ‘Berbengkung’ secara ini selama 2 Minggu sebagai langkah penjagaan awal.
4. Krim Herbanika Barut
Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama
60 hari) dan bagi Kelahiran Caesar atau Pembedahan pada Hari ke-15
sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari).
Selepas sapuan
MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM BARUT
di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.
Gunakan
‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi) atau
Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara
sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping,
tidak kembang, kemas dan mantap.
Gunakan Bengkung dari waktu
pagi sehingga lewat petang. Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau
cebuk bahagian sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam.
Sapu semula seperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit,
menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta
mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut
pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu
melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia
juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.
5. Herbanika Lulur
Bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan
Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.
Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia
separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta
perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut dan
berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit
‘sensitif’ akibat penyusuan.
Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
Ulangi amalan ‘Lulur’ ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan
kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan
otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan
mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping
mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit
Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin
lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi
masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara
yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
6. Uncang Cuci Herbanika
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan Rumah
Masukkan 2 genggam Garam dan 2 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam
sebekas air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang
pekat.
Lakukan cucian serta cebuk di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan
‘episiotomi’ dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Caesar di Wad dan Rumah
Rendamkan 1 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau
semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang
pekat.
Lakukan cebuk dan cuci di bahagian sulit sehingga terasa bersih serta segar. Kesat kering.
Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda
untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah ‘rengat’
atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Uncang Cuci Herbanika
boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia
Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan ‘Mandian Herba’ Ibu Bersalin selama
14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.
Uncang Cuci Herbanika
membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan
kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis,
nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
‘episiotomi’. Sebagai mandian herba, ia memelihara kulit agar segar,
mantap dan tidak mudah dimasuki ‘angin sejuk’.
PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN.
Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah,
bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni,
ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, karet dan sawi, serai ,
lengkuas, ‘cauli-flower’, ‘baby-jagung’.
Ikan segar yang
dsiyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning,
kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes),
bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam,
kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut,
makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti
canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
Buah-buahan
yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma,
buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi,
anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk), jus epal, ribena dan
sirap.
Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo, dan akar herbanika.
Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan raw sugar.
Teruskan amalan Vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu bayi.