Okay Hana sambung untuk part 2 ya :)
kali ni Hana akan share sharing Hana ketika majlis tersebut. Jemput baca kepada semua yang ingin ambil idea dan inspirasi. Bagaimana saya bermula dan kenapa saya tak pernah jemu dalam perjuangan ini.
kali ni Hana akan share sharing Hana ketika majlis tersebut. Jemput baca kepada semua yang ingin ambil idea dan inspirasi. Bagaimana saya bermula dan kenapa saya tak pernah jemu dalam perjuangan ini.
Kisah
Kejayaan
Oleh:
Master Nor Azahana Abdullah
SETIAP
DETIK MASA ITU EMAS bagi saya..
Mengenali
business Shaklee melalui kawan-kawan dan mentor kesayangan saya sekarang iaitu
Master Siti Farhana, membuatkan saya jatuh cinta berkali-kali dengan business ini.
Jika saya jumpa sesiapa pun, saya sangat teruja untuk bercerita tentang apa
yang saya lakukan sekarang. Sungguh, business ini telah meresap ke dalam jiwa
saya.
Bermula
dengan pengambilan set ringkas untuk kehamilan, saya terus mengorak langkah
demi langkah di dalam perniagaan ini. Bagi saya, kekuatan utama adalah produk
yang berkualiti. Sebelum saya menceburkan diri dengan Shaklee, saya pernah
berniaga produk set bersalin secara kecil-kecilan. Ketika itu, ramai pelanggan
bertanya samada saya juga menjual produk Shaklee. Dek selalu dihujani dengan
soalan tersebut, saya mula berminat untuk mencuba sendiri produk ini. Dan
Alhamdulillah, setelah saya kenal lebih dekat, saya memutuskan untuk fokus
sepenuhnya kepada business ini.
Benarlah
kata orang, hadirkan ikhlas dahulu dan wang akan datang kemudian. Saya melihat dan merasakan
business Shaklee amat mudah dan fleksibel untuk dilakukan dimana sahaja dan tak
perlu pening memikirkan kos kedai, kos gaji pekerja dan pelbagai kemudahan
telah disediakan oleh pihak Shaklee. Menjadikan saya sangat teruja untuk
berkongsi peluang ini dengan lebih ramai orang. Terutama pada generasi muda
yang sebenarnya sangat memerlukan business seperti ini.
Jika
dahulu, sewaktu saya sedang belajar dan baru tamat belajar, saya sanggup bekerja
part time di pasaraya, di pekan dan sebagainya. Berpanas hujan, bermandi peluh
hanya untuk mendapat sedikit bekalan wang untuk meneruskan kehidupan. Kini, hanya
menggunakan semua teknologi yang sememangnya ada di depan mata seperti Laptop,
smartphone dan of course kita ada medium percuma untuk marketing dan
pengiklanan iaitu Facebook, Intagram,page dan BLOG menjadikan seolah-olah
peluang terbentang luas di hadapan mata.
Ramai
anak muda masih terbelenggu dengan pemikiran untuk bekerja dengan orang dan mengharapkan
ihsan kerajaan semata-mata. Saya mula membuka minda dan semakin berlapang dada
sejak mengenali business ini. Saya mula yakin, peluang untuk mendapat income
stabil dan besar ada dimana-mana. Tak perlu menunggu dan mengharapkan orang
lain suap kita. Kita boleh lakukannya asalkan punyai keinginan dan sanggup
berkorban untuk mematahkan alasan demi alasan yang sememangnya merugikan diri
kita sendiri.
Kerana
itulah, apabila ramai bertanya bagaimana saya masih struggle buat Shaklee
sedangkan saya sudah ada karier yang menjamin masa depan dan sibuk dengan
pengajian. Ini jawapan saya: business ini terlalu mudah. Saya Nampak peluang
hebat dalam business ini. Saya bukan bercakap sahaja tanpa bukti. Saya dah
nikmati hasil kesetiaan dalam business ini. Syukur Alhamdulillah dengan Shaklee
saya mula mengenali dunia luar, travel ke luar Negara, bebas kewangan, boleh
memberi lebih banyak kepada keluarga dan saya merasa tenang kerana saya yakin
saya sedang dalam persiapan untuk kebebasan wang, dan juga masa tentunya.
Yes,
ramai orang boleh buat business, tetapi sejauh mana business tersebut boleh
buat kita lebih tenang dan tidak sibuk? Saya sangat yakin, semakin maju kita
dalam business Shaklee ini, semakin banyak ruang kita bersama keluarga dan
peluang untuk diri sendiri. Kerana itulah saya tidak mahu menoleh kepada
business lain setelah mengenali Shaklee.
Tentang
cabaran pula, ianya banyak fasa yang perlu dilalui. Pada awalnya saya mula
aktif buat Shaklee selepas melahirkan anak kedua. Mempunyai anak sulung yang
baru berusia setahun dan bayi yang masih kecil dan juga sibuk dengan persiapan
untuk menyambung pelajaran ketika itu, tidak pernah melunturkan semangat saya.
Pada waktu itu saya sangat yakin, rezeki Allah sangat luas. Menjaga anak-anak
dengan tangan sendiri tentunya pengorbanan yang sangat besar dan menggunakan
banyak tenaga. Jadi saya yakin doa dan usaha ketika itu sangat diredhai Allah
swt. Jadi, saya gunakan ruang masa sebaiknya. Sewaktu tidurkan anak, saya ambil
masa untuk penuhi amalan rohani seperti berzikir dan membaca surah pendek. Yes,
saya akui saya tiada masa spesifik untuk berada di tikar sejadah untuk berdoa
dan berzikir panjang, namun saya percaya, menjaga anak dengan penuh kasih sayang
juga adalah ibadah. Kemudian, ketika anak tidur, saya akan siapkan order,
packing barang dan sebagainya. Dan ketika menyusukan anak, saya akan buat kelas
melalui whatssap dengan downlines. Jadi kepada ibu-ibu, usah berikan alasan tak
sempat dan sebagainya. Kita hanya perlu betulkan niat dan manfaatkan setiap
ruang masa.
Ketika
itu jugalah, saya naik rank demi rank. Dan Alhamdulillah, group semakin besar.
Saya tak pernah lokek untuk membantu downlines kerana niat saya supaya mereka
mendapat pendapatan lebih dan saya berharap semoga mereka temui peluang hebat
dalam business ini kerana suatu masa dahulu saya juga pernah susah dan tak
pernah tahu apa itu Shaklee. Setiap hari saya akan mendapat ahli baru, walaupun
saya tak pernah keluar berjumpa dengan ramai orang. Saya wujudkan perkongsian
di facebook sebaiknya. Bonus pertama saya hanyalah rm150, tetapi ianya sangat
hebat bagi saya. Saya teruja berkongsi keuntungan tersebut dengan audience di
facebook. Bagi saya, jika tidak berusaha, jangankan rm150, sepuluh sen pun
belum tentu ada orang nak bagi kepada kita. Jadi apa salahnya berkongsi
keterujaan tersebut bersama orang lain. Dan Alhamdulillah, kerana faktor teruja
dan sentiasa bersyukur, empayar AURA terus melebarkan sayap hari demi hari.
Ketika itu juga saya sudah mempunyai rangkaian downlines yang sedang belajar di
luar Negara seperti di jepun. Malah sehingga kini, saya sangat berusaha untuk
membantu kawan-kawan yang lain untuk mendapat duit belanja untuk menampung
pengajian. Syukur kami juga punyai rangkaian downlines di beberapa buah Negara
lain juga seperti di Mesir, United Kingdom dan Australia.
Cabaran
kedua tentunya masa. Saya juga seperti pelajar-pelajar lain, ada pelbagai
tugasan. Memandangkan saya adalah pelajar jurusan Biological science, maka saya perlu
melakukan kajian di makmal dan keluar ke pelbagai tempat untuk kerja lapangan.
Ianya bukanlah mudah, namun saya tak pernah abaikan perniagaan ini walau
sedikit pun. Saya akan siapkan kerja saya pada waktu pagi dan balik kerja saya
akan ke branch dan selesaikan order. Pendek kata ianya memerlukan kesungguhan
yang berterusan. Saya akan kurangkan aktiviti makan-makan di luar pada waktu
rehat dan focus dengan kerja sebaiknya.
Dan pada waktu malam saya akan focus kepada anak-anak dan sentiasa buat
kelas online. dan alhamdulillah kini saya sudah mampu hired personal assistant untuk tugas-tugas tersebut dan saya mula fokus kepada fasa terakhir pengajian saya dan kukuhkan leadership untuk kembangkan group yang sememangnya semakin berkembang pesat hari demi hari.
Saya
juga sentiasa fikirkan hala tuju saya dalam business ini. Saya ada impian, dan
setiap downlines yang mendaftar, saya letakkan satu tanggungjawab kepada diri
saya, untuk bantu mereka sehingga berjaya. Kerana itulah saya sentiasa mencari
jalan untuk mewujudkan pelbagai medium ilmu dan info untuk mereka. Contohnya saya
wujudkan secret group untuk Aura group. Di sana, saya masukkan info penting dan
susun sebaiknya. Jika ada orang baru, saya hanya perlu tag nama mereka di post
tersebut. Jadi saya sudah jimat masa, namun downlines tetap mendapat
manfaatnya.
Saya
juga tidak suka bertangguh. Setiap masa adalah sangat berharga. Sambil tunggu
turn poslaju, sambil tunggu order makanan dan sebagainya, saya akan cuba reply
mesej customers dan downline. Jika terlalu sibuk saya akan gunakan voice mesej
di whatssap untuk reply dan berikan kata semangat. Setiap saat itu emas. Dan
saya sangat yakin, saya tak perlu tunggu masa yang sesuai untuk lakukan
sesuatu. Just do it sahaja. Tak perlu fikir terlalu banyak untuk memulakan
sesuatu sebab masa yang sesuai tak kan pernah sampai kepada mereka yang suka
menunggu-nunggu!
Cabaran
ketiga adalah penerimaan keluarga dan anak-anak. Ramai yang berikan alasan
anak-anak penghalang kejayaan. Saya pula Nampak mereka sebagai push factor
saya.Yes, saya nak Berjaya dan tak mahu wariskan kesusahan saya suatu masa
dahulu kepada mereka. Cukuplah saya wariskan kecekalan untuk mereka untuk
punyai semangat juang yang tinggi dalam kehidupan kelak.Saya selalu bercakap
dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil. Saya mohon mereka doakan saya.
Even ketika keduanya masih usia bayi, saya akan berbicara dengan mereka dan meluahkan
impian saya. Malah sehingga kini, anak-anak tak pernah usik handphone saya.
Mereka sudah faham bahawa saya menggunakan telefon untuk mencari rezeki. Namun
tentunya ada masa, saya akan tinggalkan semua urusan perniagaan untuk bersama
mereka. Malah kerana impian saya untuk menjaga mereka dengan tangan sendiri,
buat saya lebih cekal dan degil untuk terus berjaya dalam business ini.
Dan Alhamdulillah, kini sudah di rank master
coordinator. Perjuangan saya tak pernah terhenti setakat itu sahaja, Saya
sangat gembira melihat ramai anak muda khususnya bangkit dan memanfaatkan
business ini. Saya juga ingin ramai wanita dan ibu melihat bahawa peluang untuk
mendapat income dari rumah adalah sangat mudah. Dan sebagai wanita, andai kita
memilih untuk menjadi seorang suri rumah, itu bukan bermakna kita sudah tiada
peluang untuk berbakti kepada keluarga dengan sumbangan wang pendapatan kita
sendiri. Peluang itu ada, dansangat banyak jika kita memang mahu
realisasikannya.
Last
but not least, kejayaan saya tentunya disokong oleh suami saya sendiri.
Walaupun pada awalnya kelihatan suami tidak bersetuju dan saya selalu merasakan
suami tidak support saya. Namun setelah sampai ke tahap ini, Saya mula merenung
kembali, betapa banyak kejayaan saya sebenarnya atas bantuan suami. Pertama
sekali, restu. Bagi saya, suami dah bagi kelonggaran untuk saya jalankan
business online merupakan rahmat terbesar. Ketika anak masih kecil dan menyusu,
suami berlapang dada untuk hantarkan saya ke branch dan poslaju. Malah ketika
saya buat kelas online, suami akan menjaga anak supaya saya boleh focus. Paling
saya syukuri, suami sangat banyak membantu kerja rumah. Kerja mengemas dan
membasuh baju diambil alih oleh suami. Malah urusan kemasukan anak ke taska dan
keperluan anak-anak juga diuruskan oleh beliau. Ketika saya penat, dapur tidak
berkemas pinggan mangkuk tidak dicuci dan saya tertidur kepenatan dengan
pelbagai tugasan, saya sangat lega pabila bagkit pada waktu pagi semuanya sudah
bersih dan kemas. Walaupun suami agak sibuk dan selalu keluar malam jika ada
kes, suami tak pernah abaikan tanggungjawab untuk membantu saya dari segi kerja
rumah. Saya fikir, itulah antara faktor utama juga saya boleh focus kepada
business dan pengajian. Alhamdulillah.
Apa
pun, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang Allah
berikan. Setiap orang ada cabaran dan suka duka tersendiri. Kita boleh memilih
untuk terus menyalahkan keadaan, menumpulkan semua alasan ataupun terus bangkit,
berfikiran positif dan anggap setiap cabaran dan dugaan adalah warna warni
sebuah kehidupan. Yang penting terus jalan untuk mencapai impian.
#AuragroupbyHana
Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteSama-sama :)
Deleteterima kasih master hana atas perkongsian. dan tahniah!! :)
ReplyDelete