superb shaklee products

superb shaklee products

Monday, September 22, 2014

PANDUAN buat mereka YANG BAKAL BERSALIN CAESAREAN/PEMBEDAHAN



Bersalin secara CAESAREAN atau secara pembedahan bukanlah selalu menjadi pilihan utama bagi wanita. Namun, atas beberapa faktor seperti masaalah kesihatan, bayi terlalu besar, kehilangan tenaga untuk terus meneran, penyakit kencing manis atau jantung, bayi songsang dan sebagainya selalu memaksa wanita meneruskan proses bersalin dengan kaedah ini.


Walau apa pun tanggapan masyarakat terhadap proses ini sehinggakan melabelkan ibu yang bersalin dengan cara ini GAGAL  merasa bersalin secara normal, Sehinggakan ada yang mengatakan tiada  RASA SAKIT dan proses ini TIDAK MENCABAR berbanding melahirkan secara NORMAL.



HAKIKATNYA, proses bersalin secara pembedahan BUKANLAH MUDAH. Ibu perlu bersedia secara MENTAL dan juga FIZIKAL  untuk menghadapi semua ini.



Pengalaman sendiri melahirkan anak ke 2 secara pembedahan MEMBERI BANYAK KEINSAFAN dalam diri. Dan di kesempatan ini, saya igin BERKONGSI beberapa TIPS serta PANDUAN untuk semua.



Pertama, HARUS KUAT. YAKIN bahawa Allah penentu segala-galanya. Walau kita sudah berusaha sedaya upaya untuk melahirkan secara alami, tetapi ada seribu hikmah telah Allah aturkan untuk kita. Jadi, JANGAN SALAHKAN DIRI SENDIRI.

Bersalin apa cara sekalipun, tetap di anggap JIHAD pada PANDANGAN ALLAH.



Ke-2 BERSEDIA dari segi PERSIAPAN KELENGKAPAN DIRI DAN JUGA BAYI.


Untuk DIRI SENDIRI

Cuba sediakan list seperti di bawah. Walau anda bersalin cara ini, ANDA TETAP PERLU MENJAGA DIRI supaya SIHAT DAN cepat SEMBUH.


 1.  Minyak hangat- Saya cadangkan gunakan minyak HERBANIKA NR. Ianya memang membantu kerana selepas dibedah, badan sangat sejuk kerana kehilangan banyak darah. Urat2 juga mengembang. Jadi sediakan sebelum proses pembedahan. Letak siap-siap dalam beg untuk dibawa ke hospital. Percayalah, anda perlukan minyak ini!SAPU di bahagia betis da lengan bagi memberi efek hangat dan tenang.Pakai STOKIN setelah anda sapu di bahagian TAPAK KAKI.




2. BENGKUNG MODEN-Ramai berangapan ibu bersalin cara ini DILARANG MEMAKAI BENGKUNG! Ini SALAH SAMA SEKALI. Anda masih perlu berbengkung, tetapi MULAKAN PROSES INI SELEPAS HARI KE 14. Mulakan dengan kemasan PALING LONGGAR. Sapu MINYAK HERBANIKA, DAN KRIM BARUT NR. Beli lah bengkung ZAP on atau BERZIP supaya lebih mudah untuk anda memakainya. Tambahan pula dalam pantang anda perlu jimatkan masa kerana bayi mudah menangis dan selalu memerlukan PERHATIAN ANDA.



3.     3.   MULTIVITAMIN-Yes, anda perlukan ia. Walau anda ambil JAMU SEKALIPUN, anda tetap perlukan supplements untuk MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN LUKA. Tak salah amalkan pemakanan seperti jamu, halia, dan sebagainya. Tetapi jangan berkira dengan kesihatan anda. Sekurang-kurangnya anda bersedia dengan 3 vitamins, 

    saya ambil VITAMIN C- sangat penting untuk PENYEMBUHAN LUKA DALAM. 


    VITALEA, multivitamin yang DIPERKAYA dengan IRON. Seperti anda maklum, iron adalah salah satu komponen utama dalam penghasilan DARAH MERAH yang berkualiti. Darah merah sangat penting untuk proses penghantaran oksigen ke seluruh badan. Darah merah juga perlu di bina dengan lebih banyak kerana KITA TELAH KEHILANGAN BANYAK DARAH semasa pembedahan.

Untuk MEMULIH KAN BADAN selepas bersalin, 


saya juga mengambil ESP Shaklee. Ianya sangat bagus kerana member TENAGA, dan MEMBANTU DALAM PENGHASILAN SUSU BADAN yang berterusan.

Secara LOGIKNYA, JIKA ANDA BERTENAGA, anda akan tenang, susu juga akan LEBIH MUDAH UNTUK DIHASILKAN. Bayi anda akan kenyang dan tidur lena. Jadi anda tidaklah penat dan masa berehat lebih panjang.

ESP juga membantu member RASA KENYANG LEBIH LAMA. Jadi anda dapat kurangkan pengambilan makanan berlebihan semasa pantang. Hasilnya badan anda akan lebih CEPAT mendapat KESAN LANGSING.


4. MAKAN BUAH-BUAHAN. ianya penting sekalipun anda fikir ianya sejuk. Cuba ambil buah sunkist, epal untuk memberi SERAT BAIK dan juga MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN luka dalam. 


5. MAKANAN PANAS. sup sayur seperti sup sawi BOLEH DITAMBAHKAN LADA HITAM TUMBUK @KISAR. makan dengan nasi panas. Lada hitam MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN METABOLISMA badan anda.

6.ZIKIR.banyakkan zikir untuk menenangkan minda. Jika anda rasa celaru, anda perlukan teman seperti suami atau ibu anda. Luahkan apa yang anda rasa kan. Kebiasaanya, anda mungkin sukar untuk menerima hakikat bahawa perut anda susah dibelah hanya kerana anda ingin melahirkan seorang anak. Walau kedegaran seperti tidak logik, namun kebanyakan anda akan merasai perasaan ini. Jangan terusan salahkan diri dan keadaan. Banyakkn bersabar dan yakinlah pasti ada ganjaran di akhirat sana.

walaupun tidak melalui proses meneran semasa melahirkan, namun, kesan jangka panjang memang menyakitkan. Anda perlu sayangi diri anda. Katakan bahawa ini yang terbaik dan berusaha untuk terus ceria dan yakin. Selalu juga kucup bayi anda supaya terus lahir perasaan sayang kepadanya.

 jika anda berminat dengan bengkung moden dan set bersalin shaklee serta set NR boleh ke link di blog saya dan membuat tempahan segera. :)

016.566.1241/ HANA      

1 comment: